JULAI 2023

Anjung Usahawan Lawas Pertama Diwujud


LAWAS: Anjung Usahawan Lawas yang pertama berharga RM2.7 juta diwujudkan di Kampung Ladang Baru di sini.

Bangunan itu mula dibina agensi pelaksana Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) pada  4 Mac 2021 dan siap sepenuhnya 20 April lalu.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan merasmikan bangunan terbabit.

Awang Tengah sehubungan itu menggesa masyarakat Lawas supaya menceburi bidang peniagaan tani serta mendapatkan bantuan dan tunjuk ajar agensi kerajaan.

“Lawas mempunyai sumber yang banyak serta tanah subur untuk mengembangkan hasil pertanian," katanya.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Lawas, Datuk Henry Sum Agong, isteri Datuk Amar Awang Tengah, Datuk Dayang Morliah Datuk Awang Daud, Ketua Pegawai Eksekutif RECODA Datuk Ismawi Ismuni, Residen Bahagian Limbang Unus Tambi, Pengarah Wilayah NRDA, Datuk Ubaidillah Abdul Latip, Setiausaha Politik kepada Premier, Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa dan Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok.

Sumber dari : Jiwa Bakti